BAB 6 : BRITISH MENGEKSPLOIT EKONOMI

KEGIATAN PERTANIAN DAGANGAN
Pertanian dagangan ialah pertanian yang dilakukan untuk tujuan eksport. Pada peringkat awal, British mengusahakan beberapa jenis tanaman tradisional secara komersial kerana mempunyai pasaran yang baik.

PERTANIAN DAGANGAN:

  • GAMBIR
  • LADA HITAM
  • BUAH PALA
  • TEBU
  • UBI KAYU
  • NANAS
  • CENGKIH
TANAMAN TRADISIONAL
1.Lada hitam dan gambir

  • ditanam di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak
  • di Johor, lada hitam dan gambir diusahakan melalui Sistem Kangcu.
  • gambir digunakan sebagai pewarna untuk mencelup sutera
2.Buah pala dan cengkih
  • ditanam di Pulau Pinang
  • harga buah pala tinggi di pasaran dunia
  • tanaman ini mengalami kemerosotan selepas tahun 1850 kerana harganya tidak stabil  
  • buah pala  dieksport ke Eropah dan China
  • bunga cengkih yang dikeringkan dijadikan ubat daan dieksport ke China.                
3.Tebu
  • banyak ladang tebu dibuka di Seberang Perai dan Perak apabila permintaan untuk gula meningkat di pasaran dunia
  • menjelang tahun1900, Perak merupakan pusat pengeluar gula terbesar di Tanah Melayu
  • gula menjadi eksport penting Tanah Melayu kira-kira 50 tahun lamanya       
4.Ubi kayu
  • ditanam di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor
5. Nanas
  • industri mengetin nanas berpusat di Perak, Selangor, dan Johor
  • Tanah Melayu merupakan pengeksport nanas dalam tin yang kedua terbesar sebelum Perang Dunia Kedua
TANAMAN BARU UNTUK MEMANTAPKAN EKONOMI BRITISH       
Menjelang kurun ke-20, tanaman dagangan tradisional menjadi kurang penting kerana harganya tidak stabil di pasaran dunia. British memperkenalkan tanaman baru untuk mengukuhkan ekonomi. Peladang Eropah dan orang asing digalakkan untuk mengusahakan pertanian dagangan.

TANAMAN BARU :
  • KOPI
  • KELAPA SAWIT
  • TEH
  • TEMBAKAU           
TANAMAN BARU
1.KOPI
  • kopi yang ditanam di Tanah Melayu berasal dari Afrika
  • kopi ditanam di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
  • penanaman kopi diperkenalkan kerana harganya meningkat di pasaran dunia
  • kopi menjadi eksport penting Tanah Melayu sehingga akhir kurun ke-19
2.KELAPA SAWIT
  • berasal dari Afrika
  • ditanam di Kuala Selangor, Perak, dan Johor
  • minyak kelapa sawit mula dieksport menjelang tahun 1920-an
  • Johor menjadipengeksport minyak kelapa sawit utama
3.TEMBAKAU
  • ladang tembakau telah dibuka di Pulau Pinang dan Pahang
4.TEH
  • ditanam di Cameron Highlands, Pahang
  • teh yang dihasilkan bermutu tinggi dan dikenali sebagai Teh Ceylon        
PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GETAH
Pada akhir abad ke-19, harga kopi jatuh di pasaran dunia. Berikutan itu, getah diperkenalkan sebagai tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi.Pokok getah yang ditanam di negara kita adalah daripada jenis Heave Brasilliensis .Pokok getah ini berasal dari Brazil. 

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GETAH
  • KEJATUHAN HARGA KOPI 
  • CUKAI YANG RENDAH
  • PERANAN H.N RIDLEY
  • PELABURAN MODAL ASING
  • TENAGA BURUH
  • PENINGKATAN PERMINTAAN TERHADAP GETAH
KEMELESETAN EKONOMI DUNIA MENJEJASKAN PERUSAHAAN GETAH
  1.  Kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku pada tahun 1920-an dan 1930-an, menyebabkan kejatuhan harga getah.
  2. bagi mengatasi masalah ini, kerajaan British memperkenalkan 
       (a) Rancangan Sekatan Stevenson
       (b) Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa

Rancangan Sekatan Stevenson 1922
  • Bertujuan mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah
  • Disertai oleh negara naungan British iaitu Tanah Melayu dan Sri Langka
  • Belanda di Indonesia enggan menyertainya
  • Gagal mencapai matlamat
  • Ditamatkan pada tahun 1928
PERJANJIAN PERATURAN GETAH ANTARABANGSA 1934
  • Bertujuan mengurangkan pengeluaran dan menstabilkan harga getah
  • Disertai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Indonesia, Sri Lanka, Myanmar, IndoChina dan Thailand
  • Setiap negara pengeluar mengurangkan pengeluaran getah mengikut kuota yang ditetapkan
  • Berjaya menstabilkan harga getah
 3. Amerika Syarikat telah memperkenalkan getah tiruan apabila           bekalan getah asli di pasaran dunia terputus akibat Perang Dunia     Kedua
 4. Pengeluaran getah tiruan memberi cabaran kepada pengeluaran         getah asli di negara kita.

PERKEMBANGAN PERUSAHAAN PERLOMBONGAN
  1. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis galian
  2. British telah memajukan kegiatan perlombongan dan mengaut hasil galian seperti emas, arang batu, bauksit, bijih besi, ilmanit dan bijih timah
KEGIATAN PERLOMBONGAN
  1. Emas
  • Perlombongan emas diusahakan secara komersial di Raub, Pahang
  • Raub merupakan kawasan perlombongan emas yang terbesar di Tanah Melayu
      2.Arang batu
  • Arang batu dilombong di Batu Arang, Selangor
      3. Bauksit
  • bauksit dilombong di Bukit Pasir, Teluk Ramunia di Johor dan Teluk Emas di Melaka
  • Bauksit digunakan untuk membuat aluminium
  4.Bijih Besi
  • Bijih besi dilombong di Bukit Besi di Terengganu dan ROmpin di Pahang serta Kedah
  5.Ilmanit
  • Ilmanit dilombong di Batang Padang, Perak
  • Ilmanit dihasilkan sebagai hasil sampingan perlombongan bijih timah
PERKEMBANGAN PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH
1. Perlombongan Melayu
  • Orang Melayu mengusahakan kegiatan melombong bijih timah secara tradisional 
  • orang Melayu menggunakan cara mendulang dan melampan
2. Pelombong Cina
  • Orang cina masuk untuk Bekerja di lombong milik pembesar-pembesar Melayu di Lukut, Sungai Ujong, Klang dan Larut
  • kemudian mereka memajak tanah daripada pembesar-pembesar Melayu untuk membuka lombong bijih timah
  • mereka membuka lombong bijih timah di Ampang, Kuala Lumpur dan Lembah Kinta
  • mereka menggunakan kaedah melombong yang lebih baik seperti lombong dedah, pam kelikir dan palung
  • mereka berjaya menguasai kagiatan perlombongan bijih timah sehingga akhir abad ke-19
3. Pelombong Eropah
  • pada awal kurun ke-20, syarikat-syarikat Eropah menggunakan kapal korek untuk melombong bijih timah
  • Syarikat Malayan TIn Dredging merupakan syarikat yang pertama menggunakan kapal korek pada tahun 1912
  • Sehingga tahun 1929, sebanyak 107 kapal korek digunakan di Tanah Melayu
  • pengusaha Eropah berjaya menguasai perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an
5 FAKTOR PERKEMBANGAN PERUSAHAAN BIJIH TIMAH
  • Keperluan Revolusi Perindustrian
  • Modal
  • Sistem Perhubungan
  • Tenaga Buruh
  • Penggunaan Kapal Korek
KESAN
  1. Kemelesetan ekonomi dunia telah menyebabkan kejatuhan harga bijih timah pada tahun 1930-an
  2. Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ditandatangani pada tahun 1931 oleh negara-negara pengeluar untuk menstabilkan harga bijih timah.
  3. Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1934 untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah.   

Image result for kawasan perlombongan utama tanah melayu pada tahun 1900Image result for bijih timah


PENGELUARAN HASIL HUTAN

  1. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis hasil hutan 
  2. Orang tempatan mengumpul hasil hutan secara tradisional melalui kegiatan meramu
  3. British telah menggalakkan pengeluaran hasil hutan secara komersial untuk dieksport ke China, Amerika Syarikat dan Eropah
  4. Jabatan Perhutanan ditubuhkan pada tahun 1901 untuk menguruskan pengeluaran hasil hutan dengan lebih teratur

Image result for pokok damar
DAMAR

Image result for GETAH PERCA
GETAH PERCA
Image result for KAYU BALAK
KAYU BALAK
Image result for ROTAN
ROTAN

Image result for GETAH JELUTUNG
GETAH JELUTUNG



HASIL HUTAN
1. Damar
  • diperoleh daripada getah pelbagai jenis pokok di hutan
  • digunakan untuk menutup renggangan pada papan perahu
  • dieksport untuk dijadikan varnish iaitu bahan untuk menggilap permukaan papan atau rotan
2. Getah perca
  • diperoleh daripada getah perca yang tumbuh di dalam hutan 
  • digunakan untuk membuat alatan bedah, bola golf, dan bahan penebat kabel telegraf dasar laut
3. Getah jelutung
  • digunakan untuk ramuan getah pengunyah
  • sebagai pelekat dalam industri gigi palsu
4.Rotan
  • dihasilkan untuk kegunaan dalam negeri dan dieksport ke China
  • digunakan untuk membuat bakul, tikar, tongkat, tangkai payung dan perabot
5.  Kayu balak
  • jenis kayu balak yang diusahakan ialah cengal, meranti dan keruing
  • digunakan unruk dijadikan bahan binaan, membuat perabot dan perahu
  • gajah digunakan untuk menarik balak keluar dari hutan
  • dieksport ke China dan Britain
DWIEKONOMI  
  1. British mengutamakan ekonomi dagangan
  2. Kegiatan perdagangan, perlombongan dan perladangan telah dimajukan, terutamanya di kawasan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu 
  3. Kegiatan dagangan dijalankan secara besar-besaran dengan menggunakan teknologi moden.
  4. Kemudahan asas seperti sistem pengangkutan dan perhubungan yang teratur disediakan di kawasan kegiatan perdagangan
  5. British telah mengabaikan kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan oleh masyarakat Melayu di kawasan luar bandar
  6. dasar ekonomi British ini telah mewujudkan dwiekonomi di Tanah Melayu, iaitu ekonomi dagangan dan ekonomi tradisional
  7. Perkembangan ekonomi yang tidak seimbang telah mewujudkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar. 
CIRI-CIRI DWIEKONOMI
Image result for ciri-ciri dwiekonomi
CIRI-CIRI DWIEKONOMI
    KESAN
1. Kesan dwiekonomi terhadap penduduk tempatan :

  • mewujudkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar
  • penduduk tempatan kekal dalam kegiatan ekonomi tradisional
  • mereka terpinggir daripada kegiatan ekonomi dagangan
  • mereka terpisah daripada arus perkembangan ekonomi 
  • mereka kekal menjalankan kehidupan di kawasan luar bandar     



PERKEMBANGAN EKONOMI MEMBAWA PERUBAHAN
  1. Perkembangan yang pesat dalam bidang ekonomi, khususnya dalam bidang perlombongan bijih timah dan perusahaan getah telah membawa banyak perubahan kepada negara kita.
  2. Kemasukan buruh asing telah membawa perubahan dalam sistem sosioekonomi dan kebudayaan negara kita.
KEMASUKAN BURUH ASING
  1. British menggalakkan kemasukan buruh dari China dan India untuk memastikan bekalan tenaga buruh mencukupi dalam perusahaan bijih timah dan getah
  2. Buruh dari Selatan China dibawa masuk untuk bekerja di lombong bijih timah 
  3. Mereka dibawa masuk melalui sistem kontrak
  4. Ada diantara mereka datang secara bersendirian dan bekerja dalam sektor pertanian atau menjadi pekerja mahir di bandar
  5. Buruh India dibawa masuk untuk bekerja di ladang getah 
  6. Kebanyakannya mereka berasal dari selatan India
  7. Mereka dibawa masuk melalui Sistem Kangani
  8. Ada diantara mereka bekerja sebagai buruh membina jalan raya, landasan kereta api atau buruh di bandar pelabuhan
 SISTEM KONTRAK

  1. Digunakan untuk membawa masuk buruh Cina ke Tanah Melayu
  2. Buruh dibawa masuk oleh majikan
  3. Tambang perjalanan dibayar oleh majikan 
  4. Majikan menyediakan makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal
  5. Bekerja dengan majikan sehingga hutang dijelaskan
  6. Setelah kontrak tamat, mereka bebas bekerja dengan majikan lain
SISTEM KANGANI

  1. Digunakan untuk membawa masuk buruh India ke Tanah Melayu
  2. Kangani dihantar ke India untuk mencari buruh
  3. Kangani menguruskan tambang dan perjalanan buruh sehingga tiba di ladang majikan
  4. Buruh dibayar gaji tetap
  5. Mereka bekerja dengan majikan di ladang sehingga hutang tambang dijelaskan
KESAN KEMASUKAN BURUH ASING

  1. Pihak British membiarkan setiap kaum melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi yang berbeza dan tinggal di kawasan berasingan
  2. Keadaan ini telah mewujudkan :

  • mewujudkan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi
  • mewujudkan jurang ekonomi antara kaum 
  • mewujudkan masyarakat yang berbilang kaum
  • menyebabkan perpaduan antara kaum sukar dicapai
PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

  1. Sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap dan pantas diperlukan untuk membawa hasil pengeluaran seperti bijih timah dan getah ke pelabuhan untuk dieksport
  2. Landasan kereta api dan jalan raya dibina untuk tujuan tersebut
  3. British juga memperkenalkan sistem perhubungan seperti perkhidmatan gas, telegraf dan telefon


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 

Comments

Popular Posts