Langkah-langkah untuk mengatasi obesiti
Sukan merupakan aktiviti riadah yang dapat menyihatkan tubuh badan manusia. Di samping itu, sukan dapat mengelakkan diri daripada penyakit seperti obesiti, diabetes, sakit jantung dan arteriosklerosis. Namun, pada zaman sekarang sukan dipandang remeh oleh segelintir individu. Ini telah mengakibatkan lebih ramai orang menghidapi penyakit obesiti. Di rantau Asia, Malaysia merupakan negara yang mempunyai jumlah penduduk yang menghidapi obesiti yang teramai. Perkara ini harus dicegah untuk mengelakkan jumlah penduduk yang sakit akibat daripada obesiti.
Antara langkah untuk mencegah obesiti daripada kehidupan manusia ialah kerajaan harus menubuhkan sebuah kempen hari sukan negara untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan rakyat. Hal ini dapat mengurangkan jumlah peratus rakyat yang menghidapi obesiti di negara ini. Di dalam kempen ini, kerajaan perlu menaja barangan sukan seperti kasut sukan, baju sukan dan seluar sukan secara percuma. Hal ini akan membuatkan rakyat lebih gemar bersukan. Kempen ini akan memberi impak positif kepada individu, masyarakat mahupun negara.
Hatta, ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang sewajarnya dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk bersukan tiga kali seminggu untuk mencegah diri mereka daripada menghidap obesiti seperti pepatah yang sering kita dengari iaitu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kesannya, pada zaman akan datang rakyat di negara ini akan menjadi sebuah rakyat yqng sihat dan cergas dari segi rohani dan jasmani. Peranan ibu bapa juga penting untuk mencegah masalah obesiti di negara ini. Tanpa pendidikan daripada ibu bapa, anak-anak menjadi malas dan tidak terurus.
Selain itu, peranan guru juga merupakan tunjang untuk mencegah masalah obesiti. Guru sewajarnya harus mendidik murid-murid tentang akibat atau kesan sekiranya mengalami masalah obesiti. Hal ini akan mengakibatkan murid-murid tidak mahu menjadi salah seorang rakyat yang menghidap penyakit obesiti. Guru merupakan pengganti ibu bapa sewaktu ketiadaan mereka untuk mengurus anak-anak. Dalam hal ini, guru harus mendidik murid-murid dengan betul untuk kesejahteraan negara pada masa akan datang.
Seterusnya, seorang sahabat juga boleh memupuk minat dalam bersukan dan dapat mengelakkan masalah obesiti ini. Sahabat perlu menasihati dan memberi semangat kepada rakan yang mengalami masalah obesiti untuk meningkatkan semangatnya. Hal demikian menyebabkan rakan yang mengalami masalah obesiti akan berusaha untuk bersukan supaya berat badannya menurun. Kawan yang baik bak kata pepatah bagai isi dengan kuku akan sentiasa membantu rakannya yang mengalami masalah.
Konklusinya, pelbagai cara dan kaedah untuk mencegah obesiti dalam kalangan individu dan masyarakat. Semakin ramai yang bersukan, semakin sihat tubuh badan. Justeru, negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang sihat dan terhindar daripada segala penyakit yang berbahaya. Sifar obesiti, seratus peratus sihat.
😊😊
ReplyDeleteTeruskan usaha anda
ReplyDeletehelpfull
ReplyDeleteGood
ReplyDeleteBagus it's useful
ReplyDeletemantap jiwa
ReplyDeleteberi tiga kaedah untuk menyelesaikan masaalah obesiti
ReplyDeletehelpful
ReplyDelete