Usaha-usaha pihak sekolah untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum


    Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mac 1969 telah membuka mata setiap individu di negara Malaysia ini tentang kepentingan memupuk semangat perpaduan di negara ini. Perpaduan antara kaum amat penting untuk mengekalkan kelestarian hidup. Peristiwa berdarah ini telah mengorbankan banyak nyawa daripada setiap kaum. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum. Contohnya, Melayu, Cina, India dan sebagainya. Perpaduan antara kaum yang diamalkan sehingga kini perlu dikekalkan untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.

      Dalam hal ini, untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum hendaklah dipupuk dari kecil lagi iaitu daripada golongan kanak-kanak seperti pepatah yang sering didengari iaitu 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Antara langkah untuk memupuk semangat perpaduan ialah pentadbir sekolah sewajarnya perlu mewujudkan aktiviti gotong-royong di kawasan sekolah. Hal ini akan melibatkan seluruh warganegara sekolah tidak kira berlainan agama dan bangsa. Kesannya, mereka akan bersatu hati melakukan aktiviti tersebut dengan bersungguh-sungguh. Justeru, hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara setiap kaum.

        Tambahan, warganegara sekolah hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu di dalam mahupun di luar kelas. Hal ini dapat memudahkan kaum lain untuk berkomunikasi dengan kaum yang lain. Hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim lalu dapat memupuk semangat perpaduan bagi setiap pelajar. Hal ini akan memberikan impak yang besar kepada negara Malaysia dalam mencapai kegemilangan dan kemajuan negara. Hal ini kerana negara Malaysia mempunyai aspek-aspek yang penting yang menyumbang kepada kemajuan negara iaitu rakyat yang bersatu padu.

         Seterusnya, pihak srkolah perlu mewujudkan modul SUMUR iaitu modul pembentukan sahsiah murid. Modul ini dapat membentuk sahsiah dan jati diri yang cemerlang untuk pelajar. Apabila pelajar menjalankan aktiviti ini, mereka akan mengetahui betapa pentingnya semangat perpaduan antara kaum dan sebagainya. Kesannya, pelajar dapat meningkatkan semangat perpaduan dan pelajar dapat mengamalkannya setiap hari. Modul SUMUR ini merupakan aktiviti yang harus dijalankan oleh pihak sekolah sesuai dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan pelajar yang mengamalkan semangat perpaduan.

     Konklusinya, semangat perpaduan amat penting untuk mengelakkan perpecahan antara kaum seperti peristiwa berdarah yang telah berlaku di Malaysia lalu. Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya perlu mengamalkan semangat perpaduan yang tinggi untuk menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara. Tindak balas yang baik akan dicontohi oleh generasi muda akan datang. Maka, kita perlulah bersikap baik sesama masyaralat untuk keselesaan bersama.

Sumber : SMK PASIR GUDANG

Comments

Popular Posts